Pantun adalah salah satu dari misteri nusantara yang masih belum di huraikan secara manual. Penggunaan alatan moden pada zaman ini sedikit membantu para cendiakawan untuk menguraikan isi kandungan yang terkandung dalam pantun ini, apakah asal pantun di gunakan untuk mencarut? membeli buah buahan di Pasar Ramadhan ? untuk mendapatkan diskaun? atau sebagai alasan tak datang kerja....masih menjadi misteri.
Sorong papan tarik papan,
Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan dia makan,
suruh mengaji dia tak mahu.
Dalam rangkap pertama pantun ini, ia menjurus kepada kisah sejarah akan peperangan antara dua negara bagi merebut sekeping papan, tarik menarik, sorong menyorong telah berlaku dengan ganas di mana ramai pemuda pemudi telah mati akibat di sorong oleh papan, Di sebabkan kekuatan antara mereka ini agak seimbang, peperangan ini telah berlanjutan selama beberapa tahun dan jumlah kematian telah mencapai anggaran 32 lelaki, 31 wanita, 2 kambing, 4 tukang urut dan 90 pekerja hardware.
Akhirnya kemenangan berpihak kepada negara yang menggunakan senjata biologikal yakni anai anai. Mereka telah berjaya membawa balik papan itu dan oleh kerana ingin mengabdikan kemenangan mereka, mereka telah namakan tempat mereka sebagai "Menang bawak balik papan" atau nama trengkasnya Balikpapan. Musuh mereka pula masih menyembah dan mengharap dapat merampas kembali papan suci itu, sayugia menamakan negara mereka sebagai papan suci agar mereka tidak lupa akan papan itu. Papan suci atau suci papan juga di kenali sebagai holy wood.
Nampak !! tu baru satu rangkap....!! misteri tak ? misteri tak ?